Sulit
3 tahun
Kencing tak lawas dan sering kembung perut
saya wanita berusia 24 tahun dan baru berkahwin dua minggu,…sebelum ini saya tidak mempunyai apa apa masalah tetapi selepas semngu berkahwin saya rasa seperti kencing tidak lawas dan sering kembung perut…adakah saya perlu dapat rawatan pakar…saya amat bimbang sesuatu yang buruk
terima kasih atas bantuan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah kencing tidak lawas dan sering kembung perut. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Disebabkan oleh penyakit kelamin
- Jangkitan chlamydia
- Jangkitan gonorea
- Jangkitan mycoplasma genatilium
- Jangkitan ureaplasma
- Bukan disebabkan penyakit kelamin
- Jangkitan pada pundi atau saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Keadaan diatas juga boleh menyebabkan kembung perut atau ketidakselesaan perut yang anda alami. Namun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.