Sulit
3 tahun
Kerap batuk hampir tiga bulan
Saya wanita 20an dan belum berkahwin.saya kerap batuk dan ini hampir tiga bulan.batuk seperti tekak ada kahak tapi tiada kahak yang keluar.kadang dada seperti susah untuk bernafas dan batuk akan berlaku juga.makin batuk bila minum ais atau berada ditempat yang sejuk.tidur malam pun boleh batuk.saya dah pergi klinik dan doktor cakap saya sihat cuma kena kurang ais.itu saja.kini saya ketawa pun boleh batuk.tak buat apa pun boleh batuk apatah lagi kalau bau asap rokok.apa perlu saya buat?kerana batuk ini mengganggu saya bila waktu berkerja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.