Sulit
2 tahun
Selesema dan batuk waktu malam sahaja
Saya wanita umur 21 tahun. Saya perasan yg saya waktu malam sahaja selesema dan batuk. Tapi waktu siang, saya tak selesema dan batuk. Maksudnya waktu siang saya punya keadaan ok je. Kenapa ya? Ke sbb cuaca sejuk? Normal ke dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
Gejala selesema dan batuk berkahak adalah keluhan yang biasa diadukan oleh sesiapa yang mengalami jangkitan saluran pernafasan. Namun begitu, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.
Batuk dan demam boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain seperti virus influenza
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.