Sulit
2 tahun
Saya dan anak tiba² batuk
saya ingin bertanya saya dan anak tiba² batuk . tapi tak terlalu kerap . sejam hanya sekali . saya batuk berkahak dan minum ubat batuk berkahak . apa yang perlu saya lakukan . adakah saya perlu buat test covid .
saya pernah positif covid bulan 10 adakah kalau saya buat test covid dia akan naik 2 line . adakah saya akan dijangkiti semula ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda dan anak anda sedang mengalami batuk berkahak dan ingin mengetahui tentang waktu yang sesuai menjalani ujian rtk. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Sebagai pengetahuan, batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab batuk
- Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza, covid-19
- Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
- Alahan
- Asma
- Merokok
- Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
- Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
- Tekanan / stres
- Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Mengenai keputusan ujian saringan rtk, ujian ini hanya boleh mengesan antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia sahaja, bukan sampel lain. Sekiranya prosedur dilakukan dengan salah, ia boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat. Keputusan negatif palsu berlaku jika:
- kepekatan antigen dalam spesimen adalah di bawah had pengesanan ujian.
- spesimen tidak dikumpulkan dengan betul.
Keputusan positif tidak menolak kebarangkalian jangkitan patogen lain. Oleh itu, disebabkan oleh keterbatasan ujian ini dalam julat pengesanan dan sensitiviti, ujian RTK-Antigen hanya boleh digunakan sebagai ujian saringan manakala ujian RT-PCR pula digunakan sebagai ujian pengesahan untuk menentukan kes COVID-19.
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.