Sulit
2 tahun
Kekeliruan dengan jangkitan covid atau penyakit lain yang dihadapi oleh saya
Saya bangun pada pukul 8 pagi dan mengalami batuk berterusan pada 8:30 sehingga 9:25 kemudian berasa sesak nafas (mukus hidung gitu) , tekak kering (saya sering berkahak) dan tekanan pada dada (pada ulu hati - tengah sangkar rusuk). Saya mengambil panadol dan tidur buat sementara waktu. Sebaik sahaja saya bangun 10:30 pagi, saya tidak batuk tetapi sesak nafas, tekak kering dan tekanan dada masih ada.
Mengambil test kit pada 6 malam bagi hidung dan air liur menunjukkan negatif. Sepanjang hari saya tidak batuk hanya gangguan 3 (di atas) yang saya nyatakan.
Pada pukul 11 malam pernafasan saya bertambah baik dan tekak berasa lembap sedikit tetapi tekanan pada dada (ulu hati) still ada.
(Seminggu telah berlalu selepas close contact (CC) dengan seorang positif covid)
Ujian Test Menunjukkan Negatif tetapi saya masih risau. Adakah simptom tersebut masuk dalam penyakit covid-19?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Post-nasal drip
- Keradangan amandel
- Keradangan resdung
- Polip
- Jangkitan
Memandangkan anda telah melakukan ujian kendiri COVID-19 dan keputusannya adalah negatif, anda tidak perlu risau mengenai jangkitan koronavirus. Walaubagaimanpun, anda digalakkan juga untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.