Sulit
3 tahun
Suara menjadi serak selepas batuk
Salam sejahtera. Saya lelaki berusia 30 Tahun. Suara saya menjadi serak selepas batuk sebentar tadi. Boleh saya tahu apa penyebab nya dan dia akan pulih atau saya perlu mengambil ubat?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami suara anda menjadi serak selepas batuk dan anda ingin tahu penyebabnya. Kami akan cuba membantu anda.
Suara serak boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti yang berikut :
- Laringitis (akibat jangkitan pada tekak atau saluran pernafasan)
- Iritasi tekak (akibat penggunaan suara secara berlebihan atau untuk jangka masa yang lama)
- Merokok
- Masalah GERD
Sekiranya masalah anda berpanjangan atau diikuti simptom lain seperti demam, sesak nafas dan kebengkakan pada leher, sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.