Sulit
2 tahun
Batuk berpanjangan sudah melebihi 4 minggu. batuk berkahak dan anak tidak mengalami gejala demam, selsema, dan sebagainya. hanya batuk yg teruk terutamanya pada waktu pagi
anak saya berusia 2 tahun 8 bulan mengalami batuk berkahak setakat ni sudah hampir sebulan. Telah pergi ke beberapa klinik dan hospital dan pelbagai jenis ubat batuk telah diambil namun batuk hanya berhenti sekejap kemudian akan datang semula.
Batuk anak saya akan menjadi teruk biasanya antara pukul 3 - 5 pagi sehingga adakalanya sampai termuntah. Anak saya tidak mengalami demam ataupun simptom lain.
ujian darah pun telah dibuat dan keputusannya tiada apa-apa masalah. Covid test juga telah dibuat dan keputusannya negatif. anak saya juga telah dua kali mengambil nebulizer namun hasil hanya berkurangan sedikit batuknya dan kembali seperti sebelumnya.
soalan saya apakah lagi rawatan ataupun pemeriksaan yang perlu saya lakukan utntuk tahu dengan lebih lanjut status kesihatan anak saya. kerana saya bimbang sesuatu yg serius berlaku kepada kesihatan anak saya kerana batuknya tidak pulih sehingga sekarang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan batuk berpanjangan bagi anak anda.Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, batuk berkahak yang lama dan berterusan, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
Selsema akibat jangkitan virus influenza
Asma
Allergic rhinitis
Bronchiolitis
Viral croup
Tuberkulosis (Tibi)
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.Saya menyarankan anda untuk membawa anak ke klinik pakar pediatrik untuk mendapatkan rawatan yang tepat.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anak anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.