Sulit
3 tahun
Batuk kembali dan kadang batuk berkahak
Saya umur 19 tahun,pada awal bulan Nov saya mengalami sakit tekak dan batuk selama seminggu. Dalam masa seminggu, saya selsema dan demam selama 2 hari.Selepas tu, saya dah okay batuk,sakit tekak, selsema dan demam hilang. Skrg saya mengalami batuk dan kadang batuk berkahak. Saya tidak pegi ke klinik. Adakah saya mempunyai penyakit atau batuk biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pharyngitis- keradangan tekak
- asthma- sesak nafas akibat alahan
- chronic bronchitis- keradangan bronkus paru
- chronic obstructive pulmonary disease- sesak nafas biasanya akibat merokok
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.