
Sulit
3 tahun
Gatal ,batuk,dan selsema
Sy seorang permpuan berumur 28 thu…4 hari lepas sy mgalami gatal tak ada ruam bhgian muka leher dan tangan dan smalam batuk gatal dan selsema…sebelum ini sy tak ada alahan apa apa…tapi adik beradik sy ada alahan…boleh dr terangkan apa masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang batuk, gatal dan selsema yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.