Sulit
2 tahun
Batuk berkahak sehingga terasa sakit di bahagian abdomen bawah
Saya wanita 20an. Saya telah alami selesema selama 2 hari diikuti dengan sakit tekak dan batuk berkahak. Masuk hari ketiga, selesema berkurang, batuk menjadi teruk dan apabila batuk, terasa sakit di bahagian bawah abdomen.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- COPD masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus atau bakteria
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.