Sulit
2 tahun
Batuk dan sakit tekak berpanjangan
Saya wanita berumur 61 tahun, sudah didiagnose mghidap asma 3 thun lalu dan start ubat pam… tapi sejak 2 thun lalu krap mnglami tekak gatal apabila mlm mnyebabkan batuk dan jga sush utk buang khak dan itu mnybbkn asma dtg… plbgai petua, jnis ubat dan ubat batuk sudah dicuba ttp xbrhsil. Ujian tibi jg sda dbuat tp -ve… kini smkin kerap tekak gatal, batuk & rsa khak mlekat pda tekak tidak kira siang atau malam mnybbkn jg sush utk tdur mlm… ada tmujnji dhosptl krjaaan stp 6 bulan & doktor explain itu normal kpd pskit asma ttpi ianya sgt mngganggu sya, ubat pam sy gunakn spt biasa jika asma dtg tp skit tekak ttap ada, tidak stp msa tp stp hri ttp akn ada… mohon pencerahan… tq…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Tuberculosis
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser paru paru
Gejala sakit tekak atau gatal tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan tonsil
- Keradangan tonsil
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.