Sulit
3 tahun
Batuk berpanjangan dan tekak gatal
saya wanita berumur 23 tahun pada 24 oktober saya selesma hidung dan bersin, setelah seminggu lebih selesma dan bersih saya telah pulih, namun batuk berkahak pulak yang timbuk sehinggah lah hari ini masih batuk, tekak gatal terutama sekali sebelah petang dan malam dan selepas makan. Adakah doktor boleh bagin pencerahan mengenai batuk saya ini hanya lah biasa sahaja atau saya perlu ke klinik ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Tuberculosis
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser paru paru
Gejala sakit tekak atau gatal tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan tonsil
- Keradangan tonsil
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.