Sulit
3 tahun
Batuk yang sampai hilang suara
Saya mengalami batuk dan selsema yang menyebabkan hidung tersumbat. Saya ingin bertanya batuk saya sampai suara saya takde. Itu salah satu simptom covid ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beberapa gejala covid adalah sepertiberikut:
Gejala yang sering:
- Demam
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria rasa dan bau
Gejala yang tidak sering:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit sendi dan otot
- Cirit birit
- Ruam di kulit
- Mata menjadi merah dan pedih
Gejala yang serius
- Kesukaran bernafas
- Tidak boleh bergerak
- Sakit dada
Untuk gejala anda, sesetengah orang akan mengalami batuk yang agak teruk sehingga menyebabkan anda kehilangan suara. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.