Sulit
2 tahun
Batuk berterusan Dan berkahak
Assalamu’alaikum , hai Doktor , saya nak tanya , apakah penyebab seorang itu batuk berterusan sehingga sukar untuk bernafas Dan sakit dada Dan badan akan menjadi lemah secara tiba tiba.Seseorang itu juga akan penat tanpa sebab.Boleh Doktor terangkan kepada saya apakah masalah Dan puncanya. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, masalah batuk berterusan boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.