Sulit
2 tahun
Ubat batuk yg disarankan bagi pesakit stroke
ibu sy salah seorg pesakit mild stroke dan mengalami batuk2 lebih dari 3hari. boleh atau tidak beli ubat batuk di farmasi atau perlu dptkan nasihat doktor? jika boleh, apakah syarat isi kandungan ubat batuk yg dibolehkan bagi pesakit stroke. memandangkan klinik kesihatan perlukan janjitemu utk berjumpa doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pesakit strok dianggap sebagai pesakit berisiko tinggi.
Adalah lebih baik untuk doktor berunding dengan ibu anda, mencari punca batuk dan menetapkan ubat-ubatan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.