Sulit
2 tahun
Kerap kencing byk tetapi masih lagi terasa nk kencing dan air kencing tiada
Saya wanita berumur 20-an… Saya nk bgitahu doktor yg saya selalu kencing… Tapi air kencing saya byk… Tapi bila saya dah kencing dlm brapa saat masih lagi terasa nk kencing… Tapi tiada air kencing yg keluar menyebabkan saya rasa tk selesa… Boleh doktor terangkan kenapa perkara ni blh berlaku??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kerap kencing merupakan keadaan perlu membuang air kencing lebih daripada 6 kali sehari dan perlu bangun daripada tidur melebihi 2 kali semalam untuk ke tandas. Terdapat beberapa kategori untuk sebab kerap kencing.
- Kencing manis
- Kehamilan
- Masalah prostat/masalah rahim paling umum fibroid atau ovarian cyst
- Interstitial Cystitis atau jangkitan melibatkan bahagian saluran kencing
- Penggunaan diuretik untuk pesakit darah tinggi atau buah pinggang
- Strok atau penyakit-penyakit saraf digelar ‘neurogenik bladder’
- Minum terlalu banyak
- Pemanis tiruan, alkohol, kafein dan makanan-makanan lain
- Kanser pundi kencing
- Disfungsi pundi kencing
- Terapi radiasi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.