Sulit
2 tahun
Kerap sendawa dan makanan susah hadam
Saya Lelaki berumur 23 tahun. Saya ingin bertanya saya kerap sendawa dan apabila sesudah makan saya masih sendawa dan kadang2 terpaksa muntahkan balik makanan sebab angin tadi… kadang2 saya juga susah nak tido malam kerana sekajap rasa nk sendawa dan terpaksa bangun dari baring untuk sendawa…harap doktor dapat membantu
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Makan tanpa mengunyah makanan / makan terlalu cepat
- Masalah pencernaan (indigestion)
- Intoleransi makanan (food intolerance) seperti intoleransi laktosa
- Masalah gastrik atau ulser perut
- GERD
Memandangkan masalah ini kerap berlaku sehingga mengganggu tidur anda, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.