Sulit
3 tahun
Sering sendawa dan rasa nak muntah
Saya berumur 20 tahun, saya ada habit menelan angin dimana membuatkan saya sering sendawa dan makanan akan naik ke atas dan muntah terutama sekali selepas makan. Ini disebabkan saya rasa seperti angin yang banyak dalam perut dan tidak selesa jika tidak sendawa. Adakah saya menghidap penyakit gerd atau penyakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, kerap sendawa, mual dan muntah boleh disebab oleh penyakit gerd atau penyakit lain seperti gastrik, penyakit ulser peptik, jangkitan H.pylori atau penyakit esofagus.
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani periksaan dan penyelidikan berkaitan, supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Gastroenterologi.