Sulit
3 tahun
Selalu rasa nak muntah dan sendawa..macam ada angin dalam badan
Saya lelaki berumur 40 tahun…sekarang ni saya kerap rasa nak muntah dan sendawa…mcm angin dlm badan byk sgt…adakah sebab kurang tidur?gout?angin byk dlm badan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut penjelasan anda, kami memahami anda sedang mengalami rasa muntah dan sendawa secara kerap. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Secara umumnya, masalah sendawa dan rasa muntah boleh disebabkan oleh masalah pada sistem penghadaman makanan. Antaranya :
- Makan tanpa mengunyah makanan
- Indigestion
- Intoleransi makanan (food intolerance) seperti lactose intolerance
- Masalah gastrik atau ulser perut
- GERD
Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut berdasarkan punca masalah anda.
Anda juga boleh menggunakan khidmat konsultasi secara atas talian kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.