Sulit
3 tahun
Kerap sedu tetapi tidak secara berterusan
Saya kerap sedu sejak beberapa hari yang lepas tetapi ia tidak terjadi secara berterusan. Ada kalanya pada waktu siang saya sedu, dan ada kalanya saya sedu pada waktu pagi. Tetapi dalam sehari pasti akan ada sedu. Adakah ia normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap sedu sejak beberapa hari yang lepas. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
- Gangguan perasaan
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- Pedih ulu hati
- Asid refluks (GERD)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.