Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat kerap sendawa
Saya lelaki berusia 24 tahun baru- baru ini saya terkena selsema tetapi tiada hingus yang keluar yang menyebabkan saya sukar bernafas. Sampai sekarang saya sudah hampir 3 minggu hidung saya masih lagi tersumbat. Dan juga apabila saya baring dan duduk saya dapati saya sukar bernafas tetapi dada saya tidak terasa sakit. Saya juga telah buat ujian covid-19 keputusanya negatif. Bila waktu pagi sesak nafas saya akan jadi sedikit teruk. Tidur malam juga saya akan terjaga setiap 4 jam. Apakah masalah saya doktor.
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesesakan nafas. Kami akan cuba membantu anda.
Sesak nafas berlaku apabila saluran pernafasan menyempit akibat bengkak, mengecut atau tersumbat. Ia juga terjadi sebagai respons kekurangan oksigen.
Terdapat pelbagai punca sesak nafas antaranya adalah:
- Asma adalah penyakit yang disebabkan oleh alergi terhadap bahan pencetus asma. Pesakit asma mengalami masalah pembengkakan saluran pernafasan akibat terdedah kepada bahan alergi.
- Jangkitan paru-paru atau saluran pernafasan menyebabkan salur pernafasan bengkak dan paru-paru tidak dapat mengembang dengan baik sekaligusmengurangkan kadar oksigen yang masuk ke paru-paru.
- Masalah jantung boleh menyebabkan sesak nafas
- Kurang darah merah menyebabkan seseorang sesak nafas kerana sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila kurangnya sel ini, paru-paru perlu bekerja lebih keras bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi.
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.