Sulit
3 tahun
Kerap sendawa sebelum tidur
Saya tertanya tanya kenapa saya kerap sendawa sebelum tidur waktu malam. Kalau tidur waktu siang takde pun. Kadang2 sampai tak selesa nak tidur.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Untuk makluman anda,sendawa adalah cara badan anda mengeluarkan lebihan udara dari saluran pencernaan atas anda. Sebilangan besar sendawa adalah kerana tertelan udara berlebihan. Udara ini selalunya tidak sampai ke perut tetapi terkumpul di kerongkongan. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Walau bagaimanapun, penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang sama juga termasuk:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Asid refluks (GERD)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.