Sulit

3 tahun

Kerap sendawa dan muntah

Saya wanita berumur 25tahun dan belum berkahwin. Tiga hari ni, saya kerap sendawa dn muntah. Sendawa sehingga mnyebabkan muntah yg berlebihan. Boleh saya tahu atas sebab apa terjadi mcmni dokter? Dan mcmna nak avoid bnda ni terjadi lagi. Please dokter, saya perlukan advice dokter.

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala kerap sendawa yang asyik berlaku tanpa mengikut masa. Untuk makluman anda, gejala sendawa ini secara amnya disebabkan oleh sistem salur penghadaman yang membuang lebihan udara yang terperangkap adalam perut. Ini dikawal oleh sistem Peristalsis salur perut anda. Ia selalunya disebabkan oleh menelan udara yang berlebihan atau kerap kali sehingga udara tersebut terperangkap di dalam salur esofagus.

Namun, ia juga boleh disebabkan oleh sejenis penyakit salur penghadaman iaitu penyakit refluks esofagus ( Gastroesophageal Reflux Disease ) yang disebabkan oleh refluks asid perut yang telah naik ke atas sehingga kerongkong. Simptom-simptom yang terlibat adalah seperti sakit pedih ulu hati, sakit dada, terasa tekak seperti ada sesuatu dan juga sendawa yang berlebihan.

Walaubagaimanapun, kami boleh cadangkan anda untuk melakukan berikut bagi mengurangkan gejala sendawa berlebihan seperti:

  • Makan atau minum dengan perlahan. Jangan gelojoh.
  • Kurangkan minuman berkarbonat atau mengandungi gas seperti alkohol.
  • Kurangkan makan gula-gula getah
  • Jangan merokok
  • Pastikan gigi anda sihat dan rapi
  • Lakukan pergerakan seperti berjalan selepas makan atau minum.
  • Amalkan senaman yang seimbang .

Hindari gejala sendawa dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Jika anda mengalami simptom-simptom GERD seperti yang disenaraikan di atas, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya demi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

why-burp-all-time-1529348409

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)