Sulit
3 tahun
Saya nak tanya mengenai tekanan n stres
Bila saya tertekan ataupun stres dada mesti akan rasa susah bernafas. Lepas tu saya minum air sedikit pastu mesti akan sendawa sebanyak 2kali. Kiranya hari2 berlaku. lepas sendawa pernafasan saya kembali normal. Dah bnyk doktor saya jumpa kerajaan n swasta, katanya semua ckp saya ok, oksigen ok check tekanan darah ok,temperature ok,gula ok…saya nak tahu mana dtgnya angin yg saya sendawa 2kali bila stres/tertekan(susah bernafas)? Ia ganggu urusan seharian saya.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sendawa yang anda alami ini banyak punca. Antara punca-punca anda kerap sendawa adalah seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Gastritis
- Udara yang berada di dalam saluran pemakanan anda dan menyebabkan sendawa
- Makan dengan gelojoh
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.