Sulit
3 tahun
Cirit birit dan terasa angin sendawa terlalu busuk
Saya cirit birit dan sendawa terasa seperti busuk sangat…bunyi perut menggelodak kuat sekali
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sendawa. Untuk makluman anda, sendawa boleh terjadi apabila badan cuba untuk mengeluarkan gas. Sekiranya gas tidak dikeluarkan, ia akan menyebabkan kembung perut berlaku. Secara umum, antara sebab sendawa adalah :
- makan makanan dan minuman yang tertentu seperti kekacang dan minuman berkarbonat
- kesan pengambilan ubat seperti ubat cair darah, ubat tahan sakit.
- penyakit refluks ( GERD )
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- penyakit celiac iaitu pesakit tiada toleransi kepada makanan gluten tinggi
Dapatkan kelegaan dan lalui hari anda dengan ceria.
Terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba untuk merawat sendawa :
- elakkan makan dan minum secara terburu buru
- kurangkan merokok sekiranya anda perokok
- elakkan minuman berkarbonat
Mengenai gejala cirit birit, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat, walaupun kebiasaannya ia boleh disebabkan oleh masalah penghadaman, jangkitan atau keracunan makanan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pihak kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.