Sulit
3 tahun
Kerap sendawa pedih perut
Sy mngalami Kerap sendawa kentut selepas makan pedih perut kadang2 cirit birit dan badan lesu berangin… sy sudah mmbuat ujian darah dan ecg keptusan normal… Sy nak tanya Adakah itu gejala gastrik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sendawa yang anda alami ini banyak punca. Antara punca-punca anda kerap sendawa adalah seperti:
- Penyakit asid-refluks (GERD)
- Penyakit ulser perut
- Hiatus hernia
Untuk makluman anda, masalah cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Pihak anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.