Sulit
3 tahun
Kerap sendawa dan xselesa hidung sumbat
Petang doc,saya nak tanya. Saya kerap sgt sendawa. Bila lambat makan sikit je pernafasan saya mula lah mcm tercekik angin. Lepas makan sendawa lagi.kadang tu saya rasa takut n risau kenapa dengan saya ni.selera makan pun kurang makan pun maggi je(nasi xleh nak masuk). Hidung plak selalu sgt tersumbat(kadang kanan kadang kiri).xbehingus dan xselsema pun. Lagi xselesa saya bila nak bernafas mcm biasa. Ia buatkan saya agak murung sikit n xgembira dengan semua ni.pikiran saya jadi terganggu(jadi takut). Saya nak hidup normal mcm dulu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah kerap sendawa yang ditambah dengan hidung tersumbat boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:
- penyakit refluks ( GERD )
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- penyakit celiac iaitu pesakit tiada toleransi kepada makanan gluten tinggi
Namun, maklumat serta pemeriksaan lebih lanjut terhadap kondisi kesihatan anda secara menyeluruh adalah diperlukan bagi mengenalpasti sama ada gejala berkenaan berkaitan antara satu sama lain ataupun tidak. Tidak terhad kepada kemungkinan penyebab disenaraikan di atas, beberapa penyebab yang lain adalah seperti:
- makan makanan dan minuman yang tertentu seperti kekacang dan minuman berkarbonat
- kesan pengambilan ubat seperti ubat cair darah, ubat tahan sakit.
- Sinusitis/ Reaksi alahan/Polip dalam hidung/Ketumbuhan hidung - untuk gejala hidung tersumbat
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih.