
Sulit
3 tahun
Kulit timbul bintik merah
saya lelaki berumur 20 tahun bermula dari pertengahan bulan ogos tahun lepas, kulit mula timbul bintik-bintik merah dan tak gatal 3 kali saya sudah pergi ke klinik dan sampai sekarang masalah sakit saya itu tidak lagi sembuh

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.