Sulit
3 tahun
Kurang berat badan dan cirit birit
Hi doc , saya kerap mengalami cirit-birit selepas makan , sllu kencing dlm kuantiti yg bnyk , denyutan nadi saya juga tidak normal iaitu 120 dlm masa 1 min , berat badan saya hanya 34-36. Adakah saya mempunyai penyakit hypertiroid?
Bulu roma dan rambut saya juga cepat tumbuh dan lebat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Hipertiroid
- Jangkitan pada usus
- Masalah radang usus
- Intoleransi pada laktos
- Kesan sampingan ubat
- Masalah hormon tidak seimbang
- Masalah buah pinggang
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai penyakit yang boleh menyebabkan simptom anda. Kami tidak dapat memberi nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Namun, simptom yang anda alami lebih menunjukkan kepada masalah hipetiroid. Ia boleh menyebabkan berat badan yang rendah walaupun makan banyak, masalah sering kencing, berak serta kekurangan zat kalsium atau zink sehingga ada tompok putih pada kuku.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian bagi diagnosis serta rawatan yang tepat. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.