
Sulit
4 tahun
Lelaki tiada janggut dan misai
Saya lelaki (asli) berumur 24 tahun, namun saya tiada satu helai pun janggut dan misai. Sedangkan adik lelaki, dan abang-abang saya ada janggut dan misai. Bapa saya juga ada janggut.
Keadaan fizikal tidaklah kurus, saya main gym, bina otot. Suara pula garau. Kawan-kawan cadangkan untuk bercukur, namun tiada hasil. Patut kah saya beli ubat untuk menaikkan akar janggut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, segelintir lelaki tidak dapat tumbuh janggut atau misai. Hal ini kerana faktor gentik dan hormon. Genetik anda boleh menentukan sekiranya pengagihan folikel rambut banyak di kawasan janggut atau misai. Faktor hormon pula melibatkan tahap sensitif folikel rambut and kepada hormon dihidrotestosterone dan androgen dalam darah anda. Mitos bahawa bercukur boleh melebatkan bulu adalah tidak benar. Hal ini keran bercukur tidak melibatkan bahagian dalaman folikel rambut. Anda cuma mencukur bulu di permukaan sahaja. Oleh itu, sekiranya anda secara semula jadinya kurang janggut atau misai, produk untuk menaikkan akar janggut mungking tidak akan membuahkan hasil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.