Sulit
3 tahun
MATA BENGKAK saya selalu mengalami masalah ini. Mata bengkak, sakit
Saya selalu mengalami bengkak di eyelid, ianya sakit. Saya rasa mungkin ada serangga yg memasuki. Mata saya juga akan bengkak bila dikelilingi oleh pokok2, tumbuh tumbuhan…Saya diberi antibiotic oleh doktor sebelum ni tapi skrg saya sudah bersara, saya ingin membeli ubat itu sendiri. Boleh Dr. tolong explain mengapa mata kanan saya selalu bengkak? Sekian, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Chalazion
- Internal hordeolum
- External hordeolum
- Gigitan serangga
- Alahan kepada tumbuh-tumbuhan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.