Sulit
3 tahun
Mengantuk di siang hari dan berjaga di waktu malam
Saya perempuan yang berumur 15 tahun. Saya kerap mengantu,letih dan tidur di waktu siang. Manakala di waktu malam saya tidak mengantuk tetapi saya sering sakit kepala. Apabila saya tidur di waktu malam saya akan terjaga secara tiba-tiba. Diwaktu siang pula saya akan sakit kepala dan pening yang melampau. Saya juga mempunyai masalh keluarga. Adakah perkara itu menjadi sebab saya jadi begini? Terima kasih dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, mengantuk, letih, sakit kepala, pening pada waktu siang dan sukar tidur pada waktu malam boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang kurang sihat
- Pengambilan kafein berlebihan (kopi atau teh)
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan saraf
- Gangguan saluran darah
- Penyakit autoimun
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.