Edlin
5 tahun
Nak tanya tentang IUCD
HELLO…i nak tanya tentang perancang keluarga .(IUCD)
5 tahun
Intrauterine contraceptive device, atau IUCD, merupakan sejenis alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahim. Jika alat ini dimasukkan dengan betul, peluang kehamilan adalah kurang dari 1%. Justeru ini, IUCD adalah sangat berkesan dalam mencegah kehamilan.
Terdapat dua jenis IUCD dalam pasaran sekarang.
- IUCD jenis tembaga merupakan IUCD yang boleh digunakan sehingga 5 tahun selepas dimasukkan di dalam rahim. Bahan tembaga berfungsi sebagai toxin untuk membunuh sperma.
- IUCD jenis hormon, atau lebih dikenali sebagai Mirena, mengandungi hormon yang membunuh sperma. Hormon tersebut juga akan menyebabkan lendir di cerviks menjadi lebih tebal dan sperma akan lebih susah untuk masuk ke dalam rahim. Lapisan rahim juga akan menjadi lebih tebal dan ini akan menghalang penyesewaan dan mencegah kehamilan. Mirena juga membantu mengurangkan gejala perdarahan haid berlebihan dan senggugut. IUCD jenis hormone boleh segunakan sehingga lima tahun.
IUCD adalah sesuai untuk wanita yang tidak ingin mengandung untuk beberapa tahun atau tidak ingin mengandung lagi. IUCD adalah sangat berkesan untuk mecegah kehamilan malah IUCD hormon boleh membantu mengurangkan gejala PMS atau pre-menstrual syndrome.
Anda dinasihatkan untuk merujuk doktor sebelum memasang alat ini untuk memastikan anda sesuai and lebih faham tentang alat ini.
5 tahun
Salam sejahtera. IUCD iaitu alat perancang intra-rahim merupakan sejenis kontraseptif yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Terdapat dua jenis IUCD iaitu:
- IUCD kuprum menyebabkan reaksi keradangan di dalam rahim yang toksik kepada sperma bagi menghalang sperma daripada mencapai telur di dalam saluran falopian.
- IUCD hormon pula melepaskan progestin yang membantu meningkatkan kelekitan dan ketebalan mukus pangkal rahim. Ini melambatkan pergerakan sperma ke dalam rahim. Hormon progestin juga membantu mengelakkan lapisan rahim daripada menjadi tebal untuk menghalang persenyawaan dan penanaman telur pada dinding rahim.
Kontraseptif IUCD mempunyai keberkesanan melebihi 99% dan merupakan kontraseptif yang paling berkesan bagi mencegah kehamilan. Manfaat lain adalah ia boleh digunakan untuk jangka masa lama, sehingga 5 tahun atau lebih. Sebaik sahaja ia dikeluarkan, anda boleh hamil semula dan ia tidak mengganggu hubungan seks anda. IUCD juga selamat digunakan bagi ibu yang menyusu dan ia alternatif yang bagus bagi wanita yang tidak boleh mengambil pil perancang. IUCD hormon boleh membantu meringankan pendarahan haid dan IUCD kuprum tidak menyebabkan kesan-kesan sampingan hormon.