Sulit
3 tahun
Penyebab kahak seperti jelly
apa penyebab kahak seperti jelly
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui punca kahak yang pekat. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kahak dihasilkan bagi melindungi salur penafasan organ dalaman seperti kerongkong. Terdapat beberapa situasi di mana kahak akan dihasilkan secara berlebihan. Contohnya:
- Reaksi alahan
- Asma
- Jangkitan bakteria atau virus
- Penyakit paru-paru seperti COPD, pneumonia dan lain-lain
- Asid refluks
- Duduk di kawasan bilik kering terlalu lama
- Kurang minum air jernij
- Merokok
- Kesan sampinagn ubat tertentu
Berikut merupakan punca kahak yang pekat atau banyak. Nasihat rawatan serta diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!