Sulit

2 tahun

Protein plus dalam ujian urin (air kencing)

Salam / Selamat Sejahtera Doctor, saya wanita (malay) berusia 32tahun dan berbadan besar (obesiti) dan belum berkahwin. Saya ingin bertanya, baru-baru ini saya mengalami sakit pinggang belah kanan selama 1 minggu, saya sudah makan ubat tahan sakit… Sakit nya hilang dan datang kembali, jadi saya stop makan ubat tahan sakit dan sy tahan kan aja sakitnya kerana sakit nya kejap sakit yg kuat dan kejap sakit sikit dan kadang-kadang hilang rasa sakit dan kembali semula rasa sakit tu… Dan tiba-tiba rasa perasan dalam seminggu ni juga, apabila saya ingin buang air kecil (air kencing), air kencing saya tak lawas dan keluar sikit dan sikit tapi air kencing sy jernih warna nya… Kadang warna putih, kadang kuning jernih, kadang kuning pekat tapi kuantiti pengeluaran air kencing tu sedikit dan perlahan sgt sampai rasa tak puas nak kencing dan bila saya google katanya batu karang, jadi saya minum air ubat Utix (untuk lawas kencing) baru 1hari 2kali sy minum, tiba-tiba malam tu bahagian ari-ari ke pundi kencing sy jd kembung dan sakit sangat, esok pagi nya dari pinggang belakang belah kanan sampai ke ari-ari kanan ke pundi kencing rasa sakit tak tertahan, dan saya pun pergi ke klinik kesihatan dan saya kena buat urin test utk uji air kencing saya dan tengok air kencing saya, jadi selepas mendapat result urine test saya tu di dapati ada blood + 100mg dan protein + 50mg… Jadi doktor telah memberi saya ubat tahan sakit dan ubat Utix lawas kencing dan ubat antibiotik yg bernama Cephalexin Monohydrate 250mg Cap, jadi adakah ubat antibiotik ni mmg utk protein yg ada dlm urine test sy tu? Dan patut ke saya teruskan consumer ubat Utix lawas kencing tu, sbb sy risau sakit lg?? Dan perlu ke sy minum air masak banyak, sbb bila minum air banyak rasa kat ari-ari ke pundi kencing kembung rasanya??? Dan saya mahu tanya doktor, serius tak bila ada protein + (positive) 50mg dlm urine test sy dan adakah itu kaitan dgn masalah buah pinggang / ginjal bocor??? Ini sangat merisaukan sy, adakah jika saya makan ubat antibiotik tersebut, keputusan urine test protein sy kembali - (negative)? Terima kasih doktor jawab setiap soalan saya.

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Pertamanya, ubat antibiotik yang diberi oleh doktor perlu dimakan sehingga habis. Antibiotik digunakan bagi merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Antibiotik boleh melambatkan atau menghalang pertumbuhan bakteria. Jika anda tidak menghabiskan antibiotik ini, bakteria yang tinggal boleh berkembang dan membina rintangan. Lama kemudiannya, antibiotik yang biasa tidak akan berkesan terhadap bakteria ini.

Doktor anda menetapkan antibiotik untuk anda mungkin kerana terdapat protein dalam air kencing anda bersama-sama dengan gejala lain semasa buang air kecil yang telah anda nyatakan. Ubat Utix pula boleh melegakan rasa sakit dan merawat jangkitan saluran kencing yang ringan.

Orang dewasa disarankan minum sebanyak 2 litre air dalam sehari. Anda harus minum air masak secara beransur-ansur sepanjang hari dan bukannya jumlah yang banyak sekali gus.

Kehadiran protein dalam kencing boleh disebabkan pelbagai punca. Antaranya:

  • Tidak cukup minum air
  • Keradangan
  • Tekanan darah rendah
  • Senaman atau aktiviti yang sengit
  • Batu karang dalam saluran kencing
  • Penyakit buah pinggang kronik

Walau bagaimanapun, kami memerlukan gambaran klinikal yang lengkap (soai siasat dan pemeriksaan fizikal secara terperinci) dan tidak boleh memberi jawapan yang tepat berdasarkan keputusan makmal sahaja. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya mengikuti apa-apa nasihat yang diberikan oleh doktor anda.

Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_466523577
AdobeStock_255923743

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)