Anonymous
5 tahun
Sakit Kepala,Mual dan Mata Kabur
saya berumur 16 tahun saya selalu sakit kepala paling kerap di bahgian belakang kepala bila saya bangun daripada katil saya punya mata akan kabur dan tiba-tiba saya terlanggar dinding saya tidak boleh berdiri atau berjalan lama kerana nanti mata saya kabur saya rasa ingin pitam dan mual,sebelum ni saya memang tidak ada mengambil sebarang ubat. Apa penyakit saya doktor?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah sakit kepala beserta dengan mata kabur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti kerabunan dan vertigo. Namun begitu, sakit kepala juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Sakit kepala ketegangan
- Sakit kepala migrain
- Sakit kepala cluster
Masalah sakit kepala juga boleh disebabkan oleh masalah pada struktur otak. Oleh itu, jika anda mengalami sebarang simptom lain seperti muntah-muntah, penurunan berat badan mendadak, pengsan tiba-tiba atau sawan dan simptom lain yang membimbangkan, sila rujuk masalah anda ini dengan lebih lanjut dengan segera.
Untuk mengurangkan sakit kepala seperti ketegangan dan migrain yang boleh disebabkan oleh keletihan, stress dan pemakanan tertentu, amalan gaya hidup sihat dan menghindari rokok amat digalakkan. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.