Sulit
3 tahun
Sakit mata.tapi xda rabun apa..saya xtau ni sakit apa
Mata saya check hospital xrabun…tapi mata saya malap jadi suram.saya ada gambar macam mana malap tu.mata saya xboleh fokus.kacau minda otak.kalau kita rendahkan cahaya dalam fon begitulah mata saya.jadi semakin malap.tengok fon n tv lama xboleh jadi sakit urat mata.paling ketara kadang2 jadi mata semacam macam gambaran orang isap dadah overdus.jadi mcm pening gitu.kencing manis darah tinggi xdak.kolestrol ja ada
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab sakit mata, antaranya ialah:
- Conjunctivitis , yang dikenali sebagai mata merah atau mata pedih adalah jangkitan atau radang di lapisan luar bebola mata anda. Pembuluh darah yang menyelaputi lapisan luar bebola mata menjadi radang. Keadaan ini boleh berjangkit dengan mudah melalui sentuhan tangan. Antara penyebab berlakunya keadaan ini adalah jika anda terlalu lama berhadapan dengan skrin komputer dan menggosok mata berbanyak kali. Debunga, bahan kimia seperti cat atau klorin yang digunakan untuk pembersihan kolam renang boleh juga menyebabkan radang mata. Sentiasa mencuci tangan dengan air sabun untuk mengelakkan jangkitan ini daripada merebak.
- Selain daripada itu, sakit mata juga boleh diakibatkan oleh glaukoma . Masalah ini boleh terjadi apabila berlakunya peningkatan pada tekanan dalam mata. Ini sekali gus akan menyebabkan ketidak selesaan dalam mata dan menyebabkan berlakunya sakit mata.
- Di samping itu, sakit mata juga boleh datang kepada penggunaan kanta sentuh. Kanta sentuh amatlah sensitif dan harus digunakan dengan cara yang baik. Sekiranya berlaku sebarang jangkitan pada kornea akibat kanta sentuh tersebut maka ianya boleh menyebabkan sakit mata. Oleh itu, penggunaan kanta sentuh haruslah dengan teknik yang betul serta sentiasa mendapatkan pemeriksaan doktor jika ada sesuatu yang tidak kena apabila memakainya.
- Sehubungan dengan itu, sakit mata juga boleh diundang berikutan sebarang trauma kepada bebola mata. Contohnya, jika bola terkena pada biji mata maka ia akan mengakibatkan pendarahan pada bahagian dalam mata justeru menyebabkan masalah sakit mata. Itulah sebabnya sesetengah orang menggunakan pakaian keselamatan sebelum melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.