Sulit
3 tahun
Saya mempunyai penyakit kencing tidak lawas
Saya umur 16 tahun…saya mempunyai kencing tidak lawas…sewaktu pkp1.0 saya kerap beronani selepas itu saya beehenti selama 5 bulan…selepas 5 bulan itu saya terus mendapat penyakit kencing tidak lawas…adakah kencing tidak lawas mempunyai ubat untuk menyembuhkan kencing tidaknlawas saya…bagi umur macam saya…
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah kencing tidak lawas. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, masalah kencing tak lawas boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Penyakit kencing kotor (UTI)
- Jangkitan kuman pada saluran kencing dan buah pinggang
- Masalah prostat
- Masalah sistem saraf
Saya tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai punca masalah anda tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Oleh itu, saya menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu. Anda juga boleh dapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami secara atas talian untuk bantuan lanjut.
Saya berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.