
muhdhazmi734
4 tahun
Saya mengalami air mani yang cair
Adakah ada cara untuk tambah air mani dan pekatkan semula secara semulajadi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah air mani cair (oligospermia) ini berlaku apabila kuantiti atau kualiti sperma yang dihasilkan kurang daripada kadar normal. ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Ejakulasi yang kerap
Obesiti atau kegemukan
Gaya hidup yang tidak sihat
Faktor usia
Langkah-langkah mengatasi masalah ini supaya tidak berleluasa yang boleh diambil ialah seperti:
Tabiat onani harus dihentikan- Hal ini kerana apabila kerap kali melakukan perbuatan ini, ianya akan membawa kepada masalah air mani menjadi cair serta menggugat keupayaan untuk mendapatkan anak.
Hubungan seks yang dirancang- Hal ini kerana apabila ingin mendapatkan anak, kualiti dan kuantiti air mani serta sperma yang dihasilkan haruslah matang. Berikutan ini, jika melakukan hubungan seksual dengan lebih aktif maka ianya akan membawa kepada pengeluaran air mani yang cair kerana sperma tidak cukup masa untuk menjadi matang.
Kurangkan berat badan- Perkara ini sememangnya sangat penting dalam pengeluaran air mani yang sihat. Hal ini kerana apabila berat badan bertambah secara mendadak maka ianya akan menyebabkan kualiti sperma yang dihasilkan menjadi tidak sempurna. Ini apabila berterusan akan menyebabkan masalah kesuburan kepada kaum lelaki.
Gaya hidup sihat- Isu ini sangat kritikal dan dapat membantu bukan sahaja dari segi kesuburan maka ia juga dapat membantu dari segi kesihatan seseorang itu. Hal ini kerana apabla sering kali rajin melakukan aktiviti bersenam serta berhentikan tabiat merokok dan minuman beralkohol maka automatik masalah air mani cair dapat dibendung.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar diketahui, rawatan yang lebih tepat boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.