Sulit
3 tahun
Suami merokok dan Berdengkur yang sangat teruk
Suami saya berumur 33 tahun, obesiti dan perokok. Suami saya mengalami dengkuran yang sangat teruk sehingga badan dia bergerak untuk mengambil nafas. Setiap kali dia tidur, saya sangat risau keadaan dia. Kami telah rujuk ke klinik biasa tetapi doktor suggestkn untuk suami turunkn berat badan. tapi saya risau ianya makin teruk. Saya ingin refer kepada pakar tetapi utk mngunakan medical card company, saya perlukn surat refer dahulu. Saya risau, boleh doktor bantu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami suami anda merupakan seorang perokok dan mempunyai masalah obesiti. Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah suami anda yang berdengkur dengan kuat. Kami akan cuba menolong anda.
Seperti yang dimaklumkan oleh doktor anda, masalah dengkuran suami anda boleh disebabkan oleh berat badan yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada sebab-sebab berikut :
- Masalah hidung tersumbat
- Obstructive sleep apnea
- Posisi tidur
- Masalah pada salurana pernafasan
- Merokok
Kami memahami anda ingin berjumpa dengan pakar mengenai masalah suami anda. Anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor di klinik untuk mendapatkan surat rujukan.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor pakar kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!