
Sulit
3 tahun
Thanatophobia adalah bentuk kecemasan yang ditandai dengan ketakutan akan kematian sendiri atau proses kematian. Sering kali dikenal hanya sebagai “takut mati”
Kenalan saya selalu terjadi phobia, bila dengar berita orang mati banyak dia akan jadi takut mati, nangis, gentar, dan dia mintak maaf kesemuanya, kata nya dia Thanatophobia

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan
Kami memahami anda kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Thanatophobia merupakan takut dan gelisah yang teramat sangat terhadap kematian.
Phobias diletakkan dalam kategori gangguan spektrum kegelisahan.
Spektrum kegelisahan merupakan suatu yang biasa ditanggani pakar psikiatri.
Suatu masalah sebegini hanya akan bertambah teruk jikalau tidak mendapat bantuan awal dan diremehkan.
Hanya seseorang doktor pakar boleh mengetahui betapa teruk spektrum kegelisahan seseorang.
Kenalan anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar psikiatri untuk rawatan lanjut.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami atas talian untuk nasihat selanjutnya.
Kami harap jawapan ini membantu,
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor atas talian.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri