Sulit
2 tahun
***Tidak boleh tidur(pesakit Dialisis)***
Assalamualaikum Dr, ibu sy patient dialisis tahap 5…dia x boleh nak tidur, dekat sebulan dah x boleh tidur, (rasa gelisah bila nak tidur)Boleh saya tahu puncanya dan apa rawatannya??? Terima kasih banyak doktor …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, secara amnya, insomnia mempunyai tiga kelas yang mempunyai penyebab yang berbeza:
Insomnia Sementara: Masalah ini selalunya disebabkan oleh perubahan jangka pendek kepada keadaan persekitaran atau emosi.
Insomnia Jangka Pendek: Punca masalah sukar tidur yang disebabkan oleh insomnia jenis ini ialah kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan harian seseorang.
Insomnia Kronik: Insomnia kronik boleh berlaku sekiranya insomnia jangka pendek berlarutan dan tidak dirawat. Insomnia jenis ini biasanya berlangsung daripada beberapa bulan hingga beberapa tahun.
Punca seseorang sukar tidur termasuklah:
- Stres dalam kehidupan harian
- Pelancongan dan jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok) dan minuman arak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.