Sulit
3 tahun
Tidak sihat tiba tiba
Salam sejahter doktor
sayaaa berumur 16 tahun , sayaa tiba tiba demam panas , sakit kepala sedikit , tetapi tiada batuk , muntah , mual dan kelesuan , saya risau saya terdedah kepada covid 19 , boleh doktor tolong terangkan apa sakit saya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami demam panas, sakit kepala muntah, mual dan kelesuan. Anda juga berasa khuatir sekiranya terdedah kepada jangkitan covid-19. Saya akan memberikan maklumat berkenaan dengan sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Demam denggi
- Malaria
- Leptospirosis atau demam kencing tikus
- Demam viral ( viral fever )
Manakal simptom-simptom jangkitan covid-19 adalah seperti berikut:
Simptom yang sering berlaku:
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria bau dan rasa
Simptom yang jarang berlaku:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Cirit-birit
- Kulit yang kemerah-merahan
Simptom yang serius:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Pitam
Anda boleh melakukan ujian saringan covid-19 untuk mendapatkan kepastian tentangnya. Anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor supaya diagnosis yang tepat boleh diperoleh.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.