Sulit
3 tahun
Tukar depo kpd pil perancang
Hi doc. 2/11 haritu saya baru lepas cucuk depo, ni kali kedua saya amik suntikan depo. Saya nak tukar kpd pil perancang memandangkan depo ni mcm memudaratkan saya, cthnya, period langsung tak datang, senggugut teruk lebih dr masa anak dara tp darah tak keluar, selalu sakit pinggang dan kekejangan otot dan mcm2 lg. Boleh ke kalau saya makan pil ni terus atau mcm mana ye? Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah atas indikasi tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum membuat kesimpulan tentang kaedah perancang keluarga apa yang terbaik untuk anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.