
Sulit
4 tahun
Ubat titis mata normal saline rinz
Salam sejahtera doctor saya ingin bertanya untuk mata saya yang mempunyai urat kemerahan. Saya ada ubat titis mata saline rinz adakah ubat saline rinz boleh minghilangkah urat merah di mata saya? Jika tidak apakah ubat titis lain yang boleh minghilangkan mata urat yang kemerahan ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda sakit mata yang merah boleh disebabkan:
- Radang - Konjungtiva/uvea/sklera yang disebabkan oleh jangkitan
- Galukoma
- Kemasukan habuk/objek luar
- Mata kering - kuasa cermin mata tidak cukup/dehidrasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.