Sulit
2 tahun
Warna kepala zakar kurang merah
Saya seorang lelaki berumur 25 tahun
Saya dapati warna zakar menjadi gelap2 dan kurang kemerahan. Saya tak pernah melakukan apa2 hubungan dengan sesiapa. Boleh tahu apa puncanya dan cara penyelesaiannya?
2 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, warna kulit dipengaruhi oleh melanin. Kawasan sulit menjadi lebih gelap oleh kerana peningkatan hormom seks yang juga meningkatkan tahap melanin. Hal ini menyebabkan kawasan sulit menjadi lebih gelap.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.