
Anonymous
3 years
Ibu positive boleh kah menyusukan ank
Saya positive covid19 tahap2.dan Di kuarantin d rumah…soalan saya boleh Ka saya menyusukan anak saya? results swab test ank saya negative…anak saya memang menyusu badan sahaja…ini yg jadi kemuskilan pada saya…adakah keboleh jangkitan covid itu apabila Kita bersentuhan ketika menyusukan anak?

3 years
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda. Kami akan cuba membantu anda.
(WHO) menggalakkan ibu terus memberi bayi mereka susu badan biarpun ibu menghidap simptom COVID-19. Tambahnya, kanak kanak secara relatifnya kurang berisiko untuk menghidap COVID-19.
Menurutnya, ibu yang disahkan menghidap COVID-19 harus digalakkan untuk memulakan atau meneruskan pemberian susu ibu melainkan jika ibu tersebut sangat tidak sihat.
Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk menyusukan anak anda.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination
To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here
To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here