Anonymous

5 years

Jantung berdebar 120 perminit

kenapa saya kerap jantung bedebar2 ,dan darah kerap turun naik ,adakah sebab terjadi darah tinggi

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Ketika berdebar-debar, gantung berdegup dengan kencang dan kebiasaannya tekanan darah pada ketika ini akan berada pada tahan yang tinggi. Untuk memastikan bahawa seseorang itu menghidap sakit tekanan darah tinggi, ujian pemeriksaan tekanan darah perlu dilakukan. Tekanan darah sistolik >140 mmHg dan/atau tekanan darah diastolik >90 mmHg.

Antara simptoms yang akan dialami oleh pesakit yang menghidapi darah tinggi adalah seperti berikut:

  • Pening kepala
  • Masalah penglihatan
  • Mudah letih
  • Pergerakan ataupun rima jantung yang tidak sekata

Bagi masalah jantung berdebar, antara punca adalah seperti berikut:

  • Masalah ritma jantung
  • Masalah hormon tiroid
  • Masalah anxiety
  • Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
  • Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

hipertensi%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.