
Sulit
4 tahun
Adakah ujian darah biasa boleh mengesan hiv?
Saya lelaki 22 tahun, saya pernah melakukan seks oral di mana perempuan tersebut menggunakan mulut. Sekarang saya terlibat dengan satu prosedur pembuangan Batu karang, adakah ujian darah biasa yang diambil mampu mengesan hiv Saya was2

4 tahun
Selamat sejahtera. Saya memahami persoalan yang anda sampaikan. Untuk pengetahuan anda, ujian darah merupakn satu prosedur yang digunakan dalam pelbagai jenis pemeriksaan bergantung kepada indikasi. Jika pemeriksaan darah anda tidak merangkumi HIV maka ia tidak akan dapat untuk menilai status jangkitan.
Bagi mengesahkan jangkitan HIV, beberapa jenis ujian darah boleh digunakan seperti:
- Ujian asid nukleik boleh mengesan jangkitan HIV 10-33 hari selepas pendedahan.
- Ujian kombinasi antigen/antibodi bagi darah yang diambil dari vena boleh mengesan jangkitan HIV 18-45 hari selepas pendedahan. Ujian menggunakan darah dari jari telunjuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan HIV (18-90 hari selepas pendedahan).
- Ujian antibodi biasanya mengambil masa 23-90 hari untuk mengesan jangkitan HIV. Kebanyakan ujian cepat dan ujian rumah yang boleh dibeli adalah jenis ujian antibodi.
Anda boleh mengunjungi klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta untuk diuji. Untuk mencegah HIV, praktiskan hubungan seks yang selamat menggunakan kondom dengan betul dan pertimbangkan pengambilan ubat untuk mencegah HIV jika anda menghadapi risiko tinggi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.