
Sulit
4 tahun
Apabila cuaca sejuk
saya perempuan berumur 17 tahun saya selalu mengamali sakit kepala bukan itu sahaja,saya selalu rasa tak sihat tanpa sebab.apabila cuaca sejuk ai bertambah sakit

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami masalah sakit kepala yang menjadi teruk ketika cuaca sejuk. Namun, informasi yang diberi tidak mencukupi untuk memberi jawapan yang tepak mengenai gejala yang anda hadapi. Oleh itu, jawapan yang diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan gejala anda
- Perubahan cuaca yang sejuk boleh mengubah kelembapan dan tekanan udara. Ini boleh menyebabkan sakit kepala.
- Permakanan yang tidak teratur. Lambat makan boleh menyebabkan kekurangan tenaga sehingga sakit kepala.
- Cuaca sejuk mengurangkan perasaan haus. Banyakkan minum air walaupun anda tidak terasa haus.
- Sesetengan orang sangat sensitif dengan sejuk sehingga boleh sakit kepala. Ini dinamakan sebagai Cold weather migraines.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.